Blogger Backgrounds

Monday 16 July 2012

THE SATURN


Zuhal ('Saturn')
Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas.
('Saturn is the sixth planet from the Sun and the second largest planet in the Solar System, after Jupiter. Saturn, with Jupiter, Uranus and Neptune, is classified as a giant gaseous planet.')
Zuhal berasal dari bahasa Arab tetapi sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai planet Saturn, diambil sempena tuhan Rom,Saturnus, yang menyerupai Yunani Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu Ninurta.
('Saturn is derived from Arabic, but if viewed in English, it is known as the planet Saturn, taken in conjunction with the Roman god, Saturn, which resembles the Greek Kronos (the Titan father of Zeus) and the Babylonian Ninurta.')
Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized (Unicode: ).
('Symbol was found god in the form of a simple stylized (Unicode: ).')
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari.
(There are also many of the asteroid belt that orbits the sun between Mars and Jupiter's orbit.')
Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
('Due to the rotation, the diameter at the equator is the longest of all the planets and stars.')
Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu.
('Saturn has a ring or ring system which consists mostly of ice with a small amount of rock fragments and dust.')
Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan.
('A total of sixty months on the orbiting planet.')
Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.
('Titan, Saturn's largest moon (after Ganymede), which was the month that is larger than the planet Mercury and it is the only moon in the Solar System with the facilities of the atmosphere.

Ciri fizikal ('Physical Characteristics')


Perbandingan kasar saiz Zuhal dan Bumi
('
Comparison of the size of Saturn and the Earth's gross')

Disebabkan kombinasi terhadap ketumpatannya yang rendah, putarannya yang pantas dan keadaan berbentuk cecair, Zuhal merupakan satu sfera yang agak lonjong; iaitu, ia mempunyai sedikit leper di bahagian kutub-kutubdan mengempar di bahagian khatulistiwa.

('Due to the combination of low density, rapid rotation and the form of liquid, Saturn is a somewhat oval sphere, ie, it has a slightly flattened at the poles-kutubdan mengempar at the equator.')

Jejari khatulistiwa dan kutub berbeza sebanyak 10%—60 268 km melawan 54 364 km

Planet-planet gas yang lain juga berkeadaan sedemikian, tetapi agak kurang.

('Equatorial and polar radius differ by 10% -60 268 km versus 54 364 km

Gas planets are also being so, but somewhat less.')



Bahagian dalaman ('The inside')
Bahagian dalam Zuhal menyerupai Musytari, dengan teras berbatu, diselitupi lapisan cecair hidrogen logam (metallic hydrogen), dan lapisan hidrogen molekul di atasnya.
('The interior of Saturn resembles Jupiter, with a rocky core, a liquid hydrogen diselitupi metal layer (metallic hydrogen), and molecular hydrogen layer above it.')


Terdapat juga sedikit kesan pelbagai ais. Zuhal mempunyai bahagian teras yang panas, mencecah 12000 K ditengah terasnya, dan ia membebaskan lebih banyak tenaga ke angkasa berbanding yang diterimanya daripada Matahari.
('There are also some effects of various ice. Saturn has a core of hot, reaching 12 000 K in the middle core, and it releases more energy into space than it receives from the Sun.')


Kebanyakan tenaga lebih dihasilkan melalui mekanisma Kelvin-Helmholtz (pemampatan graviti perlahan), tetapi ini sahaja tidak mencukupi bagi menjelaskan penghasilan haba Zuhal.
('Most of the energy produced by Kelvin-Helmholtz mechanism (slow gravitational compression), but this alone is not sufficient to explain Saturn's heat production.')


Mekanisma tambahan yang diutarakan dengan mana Zuhal mampu menghasilkan sebahagian haba adalah "hujan" titisan helium jauh di dalam Zuhal, titisan helium membebaskan haba melalui geseran semasa ia jatuh melalui hidrogen yang lebih ringan.
('Raised an additional mechanism by which Saturn is able to produce some heat is "rain" drops of helium deep in Saturn, the droplets of helium releasing heat by friction as it falls through the lighter hydrogen.


Pembebasan haba Zuhal, titik panas jelas di bahagian bawah imej betul-betul di kutub selatan Zuhal.


Atmosphera Zuhal menunjukkan pola berbelang menyerupai Musytari, tetapi belang Zuhal adalah lebih pudar dan ia juga lebih lebar di bahagian ekuator.

('Atmosphere of Saturn shows striped patterns resemble Jupiter, but Saturn is lighter colored and it was also wider at the equator.')

Awan Zuhal tidak dapat dilihat sehinggalah lintasan (flybysVoyager.

('Saturn's cloud can not be seen until the crossing (flybys) Voyager.')

Semenjak itu, bagaimanapun, teleskop di bumi telah meningkat sehingga pencerapan biasa mampu dilakukan.

('Since then, however, the telescope on Earth have risen to the normal observations can be done.')
Zuhal menunjukkan bentuk bujur yang lama dan ciri-ciri lain yang biasa di Musytari; pada tahun 1990 teleskop Angkasa Hubblemencerap awan putih gergasi berhampiran ekuator Zuhal yang tidak kelihatan semasa pertembungan dengan Voyager dan pada tahun 1994 ribut lain yang lebih kecil dikesan. 
('Saturn shows a long oval shape and other features common on Jupiter; in 1990, the Space Telescope Hubblemencerap giant white cloud near Saturn's equator that is not visible during a clash with the Voyager and in 1994 another smaller storm was detected.')
Pakar kaji bintang menggunakan penimej infra menunjukkan bahawa Zuhal mempunyai pusaran kutub panas, dan satu-satunya planet dalam sistem suria yang diketahui bersifat sedemikian.
('Experts use penimej infrared astronomy indicates that Saturn has a warm polar vortex, and the only planet in the solar system known to be so.')

Ciri putaran ('Rotation Feature')
Oleh kerana Zuhal tidak berputar pada paksinya pada kadar sekata, dua tempoh putaran telah digunakan baginya, sama seperti kes Musytari: Sistem I mempunyai tempoh 10 jam 14 minit 00 saat (844.3°/d) dan merangkumi Zon Ekuatorial, yang menjulur dari hujung utara Ekuatorial Selatan sehingga hujung selatan Ekuatorial Utara.
('Since Saturn does not rotate on its axis at a constant rate, two rotation period has been used for it, just like the case of Jupiter: System I has a period of 10 hours 14 minutes 00 seconds (844.3 ° / d) and include Equatorial Zone, which extends from the northern tip of Equatorial south as the southern tip of the North Equatorial.')
Semua latitude lain Zuhal telah diberikan tempoh putaran 10 jam 39 minit 24 saat (810.76°/d), yang merupakan Sistem IISistem III, diasaskan pada pancaran radio dari planet, mempunyai tempoh 10 jam 39 minit 22.4 saat (810.8°/d); kerana ia amat hampir kepada nilai Sistem II, ia telah digantikan secara menyeluruh.
('All other latitude the rotation period of Saturn was given 10 hours 39 minutes 24 seconds (810.76 ° / d), which is System II. System III, based on radio emissions from planets, has a period of 10 hours 39 minutes 22.4 seconds (810.8 ° / d), for it is very close to System II, it was replaced in its entirety.')
Apabila menghampiri Zuhal pada tahun 2004, kapal angkasa Cassini mendapati bahawa putaran radio Zuhal telah meningkat sedikit, kepada anggaran 10 jam 45 minit 45 saat (± 36 s). Punca sebenar perubahan tersebut tidak diketahui.
('When approaching Saturn in 2004, the Cassini spacecraft discovered that Saturn's radio rotation has increased slightly, to approximately 10 hours 45 minutes 45 seconds (± 36 s). The exact causes of these changes is unknown.')

Lihat post seterusnya (bahagian kedua) mengenai Zuhal di sini.
('See the next post (second part) about Saturn here.')


Tonton video mengenai Zuhal di sini.
('Watch a video about Saturn here.')

No comments:

Post a Comment